Monday, 14 May 2012

ApA yAnG pEntiNg--KERJASAMA

kerjasama antara ahli kumpulan
Rambut sama hitam, hati lain-lain. Begitu juga apabila bekerja dalam kumpulan, ada cara menawan jiwa dalam membina kerjasama. Semakin ramai orang, semakin banyaklah ragamnya. Sama ada kecil atau besar sesebuah kumpulan itu, kerjasama menjadi faktor kejayaan. Namun begitu, membina semangat kerjasama di kalangan individu dalam satu kumpulan adalah satu aktiviti yang mengambil masa. Persefahaman itu adalah sesuatu yang dicipta bukannya wujud secara semula jadi. Komunikasi merupakan tunggak utama dalam memupuk sifat kerjasama. Ia menjadi titik tolak kepada kejayaan. Bekerja dalam sesebuah kumpulan dan terdiri daripada individu yang mempunyai corak fikiran dan pandangan yang berbeza serta berlainan arah memerlukan komunikasi yang berkesan supaya persefahaman dapat diwujudkan. 

Bersifat Terbuka 
Bentangkan peluang kepada semua untuk berkongsi idea dan pandangan. Buangkan sifat ingin ‘menang’ dan ‘saya sahaja betul’. 
Hormat 
Jaga mulut dan tingkah laku. Jauhi perkara yang boleh menyebabkan salah faham dan pertengkaran. Hormat-menghormati adalah kunci utama. 


yakin pada diri sendiri...

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan keyakinan diri -:


  • BINA KEYAKINAN DIRI MELALUI PENCAPAIAN
Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda. Ini kerana apabila anda berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi keyakinan didalam diri anda. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.


  • BINA MINDA YANG KUAT 
Sebelum anda melakukan apa-apa pasti otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya.


  • MENJAGA PENAMPILAN
Apabila anda menjaga penampilan diri anda untuk sentiasa kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri anda. Pasti anda akan lebih berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, berkomunikasi dan sebagainya. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang lain berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran positif, anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.






Sunday, 13 May 2012

sAaT-sAat aKHir???

Memang tidak dinafikan belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus.Bagaimanapun sekiranya anda terpaksa juga belajar cara sebegini juga amalkan kaedah-kaedah di bawah.........

antara tips-tips belajar di saat-saat akhir-:

  • Bertenang dan jangan cemas
anda  perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda adalah terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan anda ambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.

  • Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

  • Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

  • Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak boleh terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.

  • Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting




gaya pemakanan ideal =)



Gaya Pemakanan Ideal...

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.


Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu makan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang makan makanan berserat. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet rakan-rakan sekalian mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

  • Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

  • Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

  • Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

  • Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.


Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.
Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.
harap info yang dikongsikan ini sedikit sebanyak akan membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian...

STRESS???

Secara ringkasnya stress boleh dikatakan bebanan mental dan fizikal individu.
Stress perlu diatasi kerana ia melibatkan kesihatan mental oleh individu yang terlibat.

berikut merupakan antara langkah-langkah bagi menghadapi stress yang boleh dikongsikan bersama-sama rakan-rakan sekalian :---

(1) menyanyi, menari dan menjerit

  • Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata.

  • Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh

  • Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tempat yang sesak ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.
(2) bertafakur

  • Proses melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan 
    tingkahlaku yang telah dilakukan.

  • Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat 
    pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya 
    masalah sehingga anda dapat ketegangan.

  • Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda 
    sebenarnya dan apa yang anda ingini.
(3) bersenam dan beriadah

  • Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga akan lapang setelah berpeluh.

  • Ketegangan jasmani dapat dielakkan oleh kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.

  •  Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.






SELAMAT MENCUBA SEMUA !!!

Wednesday, 9 May 2012

Happy Mother's Day!!!...




I Wish I Could Tell You, Mom 
I wish I could tell you, Mom
    how much you mean to me
But there are no words to say
    how much I admire you
how much I appreciate you
    how much I thank you
for everything you've done
 
    I know how often I took you for granted
when I was growing up.
    I always assumed you'd be there
when I needed you...
    and you always were. 
But I never really thought about what that meant
    till I got older and began to realize
how often your time and energy were devoted to me.
    so now, for all the times I didn't say it before,
thank you, Mom...I love you so very much!
  



Tuesday, 13 March 2012

JENIS-JENIS KUCING



ANTARA JENIS-JENIS KUCING YANG TERDAPAT DI DUNIA===>>

 




JENIS TOYGER



Toyger adalah kucing berukuran sederhana dengan bulu menyerupai bengal. Toyger mempunyai temperamin yang baik dengan kesihatan yang baik dan tahan terhadap penyakit.


Warna ideal adalah warna oren (jingga) tua dengan belang hitam seperti pada harimau. Pola belang memanjang tanpa ada tompok. Telinga kecil dan bulat. Secara keseluruhan Toyger mempunyai struktur pertulangan yang padat dan seimbang.

Ras kucing ini merupakan hasil kacukan kucing domestik dengan kucing bengal. Tujuannya untuk menghasilkan harimau kecil yang boleh diajak main dan dipelihara di dalam rumah. Perkataan Toyger sendiri merupakan singkatan dari "Toy Tiger" (harimau yang boleh diajak main).

Ras Toyger ditemukan dan dikembangkan oleh Judy Sugden, pemilik sebuah Cattery di Amerika yang bernama "EEYAAS Cattery". Toyger dihasilkan dengan cara menyilangkan kucing domestik belang (tabby) yang berbulu pendek, dengan Bengal Tabby Standar. Setelah bertahun-tahun, perkahwinan kucing-kucing ini menghasilkan kucing-kucing dengan warna belang menyerupai harimau.


Ras ini masih dalam pengembangan.  Pertama kali diakui untuk didaftarkani oleh The International Cat Association (TICA) pada awal tahun 1990-an. Beberapa breeder di AS dan Britain berusaha mengembangkan ras ini.  Toyger mendapatkan status Preliminary New Breed pada tahun 2000. Dan pada bulan Mei tahun 2007 telah mendapatkan status penuh dalam pertandingan kucing (Championship Status).


 J
JENIS TIFFANY

Sekitar tahun 1967 di New York, Amerika, pemilik Neotype Cattery yang bernama Jennie Robinson telah membeli sebuah rumah dan mereka juga mendapat pakej sepasang kucing.


Nama kucing itu adalah Thomas Dan Shirley. Namun tidak diketahui mengenai latar belakang atau jenis kucing asal induknya. Jenis kucing tersebut memiliki warna coklat dan berbulu semi longhair dan jenis badan semi foreign.

Akhirnya pasangan kucing itu melahirkan 6 ekor anak. Anehnya semua anak kucing mirip dengan ibunya yang berwarna coklat tulen.

Kemudian Jennie Robinson membuat sebuah program pengembangbiakkan kucing. Tepatnya tahun 1970 Jennie mendaftarkan Thomas dan shirley beserta anak kucing mereka ke ACA (American cat Association)

Beberapa pakar berpendapat bahawa kucing tersebut hanya keturunan Burmese.  Namun mereka tidak memiliki warna sepia yang merupakan ciri khas burmese. Beberapa ekor kucing tersebut dijual kepada Sigyn Lund (peternak kucing Burmese). Kemudian dia memperkenalkan ras Tifanny

Kerana jumlahnya yang agak sedikit, ACA akhirnya menghapus Ras Kucing Tiffany ini. Namun tidak lama selepas itu di Kanada ada banyak pencinta kucing yang menemukan ras ini dan memutuskan untuk melestarikan mereka.

Ciri-ciri kucing Tiffany :

  • Berukuran medium
  • Jenis badan semi foreign
  • berat badan antara 4-5 kg
  • Bentuk kepala hampir segi tiga
  • muncung pendek
  • dagu kecil
  • Telinga besar
  • Tulang pipi lebar
  • Mempunyai ekor dihiasi bulu lembut
  • Warna mata keemasan
  • Ciri khas jenis kucing ini berwarna coklat

Jenis kucing ini sangat menyukai manusia..walaupun juga tidak terlalu pemalas dan rajin.


Maine Coon 
JENIS MAINE COON



Jenis kucing Maine Coon berasal dari USA, Maine. Tapi asal-usul kucing ini tidak diketahui.

Secara umum ciri-ciri kucing Maine Coon adalah sebagai berikut :
  • Badan besar dan panjang dan agak berbentuk segi empat
  • Mata lebar serta oval
  • Hidung lebar dan melengkung di hujungnya
  • Ekor panjang dan lebar
  • Memiliki tulang dan otot yang kuat
  • Teling besar (lebar di bawah)
  • Dahi melengkung
  • Otot pipi sangat menonjol
  • Seperti dijelaskan di atas bulunya tebal dan tahan air (sedikit berminyak)
kucing Maine Coon mampu bertahan dalam salji dan udara dingin sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula terdapat bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.

Jenis kucing ini memiliki badan yang besar. Untuk kucing jantan beratnya antara 6-9 kg. Sedangkan untuk kucing betina 4-6 kg. Maine Coon juga memiliki mata dan telinga besar mencerminkan kemampuan penglihatan dan pendengaran yang baik.


JENIS SIAM
Kucing Siamese



Kucing Siamese berasal dari negara yang bernama Siam (Thailand)


Memang banyak kucing terkenal dari asean contohnya kucing birman yang berasal dari burma. Bahkan mungkin juga kucing abyssinian yang ada kemungkinan dari asean.


Pertama kali kucing siam berada di Eropah adalah ketika ia dijadikan hadiah untuk duta besar Inggeris. Kemudian kucing siam ini menjadi popular di Inggeris kemudian Eropah.

kucing siam

Ciri kucing siam adalah sebagai berikut ;

  • Bentuk tubuh panjang, langsing dan berotot
  • Tubuhnya yang langsing dan anggun
  • Kepala kecil dan berbentuk segitiga
  • muncungnya mancung,
  • Bermata biru
  • Telinga yang lebar
  • bulu pendek dan halus
  • Ada warna kontras di hujung-hujung tubuh seperti kaki, telinga, mulut, ekor,hidung dan sekitar mata
Sifat kucing Siamese atau kucing siam ini adalah selalu ingin tahu dan hiperaktif.  Kadang-kadang juga menjengkelkan karena terlalu "busybody".



kucing birman


JENIS BIRMAN


Tidak seperti kucing turkish van yang mungkin dianggap orang berasal dari negara turki, padahal tidak. Tetapi kucing birman memang berasal dari negara burma.


Jenis kucing ini biasanya tinggal di kuil. Bahkan ada kepercayaan jika kucing kuil ini mati, maka arwah kucing tersebut akan ditemani khas oleh arwah pendeta (manusia).

Menurut sebuah catatan sejarah. Kucing birman mulai tersebar ke seluruh dunia seperti ragdoll pada tahun 1919.  Cerita kononnya dua orang rakyat Prancis iaitu Auguste Pavie dan Gordon Russel yang menerima hadiah sepasang kucing birman kerana telah membantu para pendeta kuil. Tapi sayang seribu sayang kucing jantan mati dalam perjalanan tapi untungnya kucing betina sedang mengandung.

Walapun akhirnya baka ini sempat berkembang pada tahun 1925, namun kerana keadaan ekonomi dan perang dunia. Ras kucing ini akhirnya kembali berkurangan.

Tapi setelah berakhirnya perang dunia kedua, ras kucing ini akhirnya berkembang kembali hingga akhirnya pada tahun 1966 Inggeris mengakui ras kucing birma sebagai jenis murni.

kucing birman

Ciri-ciri dari jenis kucing ini.
  • Berat badan antara 4-6 kg.
  • Pola warnanya mirip dengan Colour point dengan lebih pucat pada telinga, muka, kaki dan ekor.
  • Bulu ekor dan leher yang paling menonjol yaitu tebal dan halus
  • Panjang tubuh kucing sederhana tetapi berbentuk tegap.
  • Tidak seperti kucing abyssinian yang memiliki telinga panjang. Telinga kucing ini berukuran sederhana dan melengkung.
  • Kucing ini sangat menyukai manusia.











JENIS ABYSSINIAN


Abyssinian ini dipercayai adalah jenis kucing paling tua yang ada di dunia ini.  Jika anda melihat kebudayaan mesir, anda pasti akan melihat gambar atau setidaknya patung kucing ini. Bahkan orang mesir zaman dahulu membuatkan kuil untuk kucing ini.


Namun ia bukan bererti kucing Abyssinian ini berasal dari mesir. Menurut kajian, kucing ini berasal dari ethiopia bahkan pakar-pakar genetik juga berpendapat kucing ini berasal dari Asia Tenggara atau Laut India.

Walau begitu Abyssinian dimurnikan dan menjadi jenis kucing murni di Inggeris.

Ciri-ciri dari kucing Abyssinian adalah tubuhnya berotot, memiliki lengkungan leher serta bahu yang indah, mata dengan bentuk menyerupai almond dan telinganya yang besar, kaki panjang dan langsing, kepala berbentuk segitiga dan ada sudut-sudut yang agak membulat. Ciri khasnya yang paling terlihat adalah Ticked Agouti (pola warna bulu yang berbintik-bintik)



Selain itu kucing Abyssinian sangat setia kepada manusia. Dia seperti ingin tahu apa yang dilakukan oleh manusia, kerana dikatakan jenis kucing ini juga mudah dilatih. Bahkan lebih setia dan akur berbanding jenis kucing lain seperti Turkish Vanataupun Ragdoll.

JENIS RAGDOLL

ragdoll


Menurut sebuah catatan, Kisah ragdoll bermula pada tahun 1963 iaitu seorang Ann Baker yang sering meminjam kucing dari jiran tetangganya yang bernama blackie (mempunyai induk kucing persia putih) dan juga saudaranya Daddy Warbucks tapi berlainan ayah. Ann kemudian mengkacukkan dan menghasilkan ras baru yang bernama ragdoll. Beliau kemudian mendirikan organisasi khusus untuk pecinta ragdoll.



Ciri ras kucing ragdoll :

  1. Mempunyai 4 jenis warna iaitu seal , blue, chocolate dan, lilac
  2. Memiliki tubuh dan berat yang besar. Kucing Betina (5-7,5 kg) dan kucing jantan (6-10 Kg)
  3. Bahagian dada lebar
  4. Punggul yang besar
  5. Bulu sederhana panjang dan teksturnya mirip seperti arnab
  6. Pada ketika anak kucing, ragdoll lahir dengan warna putih kemudian baru warna-warna lain muncul.
  7. Menjadi kucing dewasa pada umur sekitar 3 tahun
Jenis kucing ragdoll sangat akrab dengan manusia..








JENIS TURKISH VAN


Jenis kucing Turkish Van memiliki badan yang cukup besar. Ciri utamanya adalah dengan memiliki bulu "semi long hair" tapi bulunya tebal. Umurnya sekitar 3-5 tahun. Berat maksimum yang boleh dicapai dan pernah dicatat adalah 9Kg.

Turkish Van

Kucing jenis Turkish Van suka dengan air bahkan bukan hanya boleh berenang tapi sangat menyukainya. Ini terjadi kerana jenis kucing Turkish Van memiliki bulu yang dapat mengering dengan cepat bila terkena air .

Populasi dari jenis kucing Turkish Van berada di USA (United State of America)

Turkish Van



JENIS KOHANA

Lihat gambar di atas. Apa yang sedang anda pikirkan? otak manusia?, Bayi anjing?.OH..tidak..tidak..tidak..apa pon jua tanggapan anda ia merupakan seekor kucing.

Nama dari jenis kucing ini adalah Kohana. Habitatnya sendiri terdapat di kepulauan Hawai.

Ciri-ciri kucing kohana yang paling mudah dikenali dan paling mengerikan adalah tubuhnya tidak ditutupi bulu.

Khabarnya hanya beberapa puluh ekor saja dari jenis kucing ini yang masih hidup.


JENIS HIMALAYAN

kucing himalayan

Himalayan adalah kucing berpola colorpoint. Jenis kucing ini adalah kacukan antara kucing persia dengan jenis kucing Siamese. Persilangan Himalayan ini sudah terjadi beratus-ratus tahun.

Ini dibuktikan pada tahun 1920-an seorang ahli genetik Sweden, Dr. Tjebbes melakukan kacukkan kucing Persia dengan Siamese , sehingga menghasilkan ras baru dengan pola warna seperti Siamese tetapi bulunya panjang.

Walau begitu kacukkan antara persian dan seamese sekarang sudah tidak diperbolehkan lagi.

Ciri-ciri utama kucing himalayan adalah pada warna matanya iaitu biru tua.