Monday, 14 May 2012

yakin pada diri sendiri...

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan keyakinan diri -:


  • BINA KEYAKINAN DIRI MELALUI PENCAPAIAN
Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda. Ini kerana apabila anda berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi keyakinan didalam diri anda. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.


  • BINA MINDA YANG KUAT 
Sebelum anda melakukan apa-apa pasti otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya.


  • MENJAGA PENAMPILAN
Apabila anda menjaga penampilan diri anda untuk sentiasa kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri anda. Pasti anda akan lebih berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, berkomunikasi dan sebagainya. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang lain berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran positif, anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.






No comments:

Post a Comment