Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun
berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya
tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru
tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru
tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada
cikgu.
Kemudian
guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke
dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru
tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak
nampak cikgu.
Guru
tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada
cikgu.
Guru
tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak
nampak cikgu.
Guru
tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada
cikgu.
Guru
tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu
berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar
yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin
: Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak
nampak.
Amin:
cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak
ada.
^_^
haaa..kan da kena..!!











No comments:
Post a Comment