Monday, 14 May 2012

aktiviti kolej-'PAKKA'

Program Pesan Abang Kakak kepada Adik (PAKKA) ini merupakan program  yang dianjurkan oleh Biro Akademik dan Inovasi Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Rahim Kajai (KRK), UKM. Program yang dilangsungkan pada 16 hingga 18 Mac 2012 bertempat di Gua Musang, Kelantan  ini bertujuan membantu pembelajaran anak anak luar bandar yang kebanyakkannya merupakan pelajar lemah (slow learners) dalam pelajaran di sekolah. Sasaran program ini adalah terhadap pelajar pelajar UPSR dan SPM yang terdiri daripada 500orang. Program ini telah berjaya mengasah kreativiti pelajar dan memperkenalkan cara pembelajaran yang menyeronokkan. Program ini juga  telah mengukuhkan silaturahim sesama exco biro akademik.
Dengan bertemakan “1Malaysia: Budi Disanjung, Kasih Dituai”, program yang mendukung penuh visi dan aspirasi UKM ini dilihat sebagai satu usaha murni dalam menghidupkan amalan mulia kehidupan bermasyarakat di kalangan mahasiswa/i sebagai bekal untuk mereka melalui proses kehidupan sebenar setelah tamat pengajian kelak.




No comments:

Post a Comment