Wednesday, 16 May 2012

lu pikirla sndri..


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin: cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

^_^

haaa..kan da kena..!!

kisah sebatang pokok epal...


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak  tersebut.



Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.


Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.


Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.



Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIGAMBARKAN DI DALAM CERITA ITU DIANALOGIKAN SEBAGAI KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA PARA REMAJA.







iMpiAN , hAti, dan miNdA...


Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan? Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan. Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis. Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita. Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai. 
Wahai hati, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik. Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk. Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki. Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai. 

Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan. Bertindaklah secara berhikmah. Ingatlah, sekali gagal bukan selamanya gagal. Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Ingatlah. Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang, Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan. wallahualam...







SEntiaSa jadi POSITIF...


kisah seorang pemuda dan kanak-kanak

Pada suatu masa dahulu, di waktu kemuncak British Empire dan sebelum kebangkitan kuasa baru Jepun, ada seorang pelajar perubatan. Dia akan menghadapi peperiksaan klinikal ke atas kanak-kanak, jadi dia pun mengulangkaji dan berlatih untuk menghadapi peperiksaan tersebut.


Pada hari peperiksaan, dia telah diminta untuk merawat seorang kanak-kanak kecil yang berumur 4 tahun. Setelah 30 minit, dia akan diminta menceritakan hasil rawatannya kepada sang doktor besar.

Semasa merawat kanak-kanak tersebut, si pelajar sangat risau dan takut. Jadi untuk mengatasi kerisauannya, dia senantiasa menghabiskan ayatnya dengan perkataan''fabulous''... Lalu dia pun terus merawat kanak-kanak sambil bercakap-cakap & mendengar peristiwa yang berlaku kepada kanak-kanak itu daripada ibunya yang berda di sisi, tanpa melupakan menyebut perkataan ''fabulous'' pada sela-sela waktu tertentu...

Setelah sesi rawatan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk si pelajar membentangkan kes kanak-kanak kepada si doktor besar. Si pelajar terus membentang, namun si doktor sekadar membuat muka 20 pence, tidak menunjukkan riak wajah suka, benci mahupun duka.

Setelah mendengar cerita si pelajar, si doktor mengambil keputusan untuk bertanya sendiri kepada pasangan anak dan ibu sendiri sebelum memberikan markah teakhir kepada si pelajar. Doktor pun bertanya kepada si ibu;

''how was this student just now?''

Dengan tidak semena-mena, si kanak-kanak berteriak;

''Fabulous!! ''

Si ibu hanya sekadar tersenyum mendengar kepetahan anaknya bercakap, lalu diikuti oleh senyuman sang doktor.

Namun yang pastinya, senyuman si pelajarlah yang paling panjang sekali =)

Moral of the story
1. Senantiasa hiasi diri anda dengan kata-kata yang postitif & senyuman, agar dunia melihat anda senantiasa postif, dan apa yang lebih penting, agar anda lebih positif akan diri anda.

2. ''The Law of Repetition'' merupakan satu hukum alam yang sangat berkesan terutamanya dalam pendidikan kepada anak-anak kecil. Pastikan anak-anak kecil sentiasa bergelumangan dalam suasana yang positif untuk pembesaran yang positif.





Better to light a candle than to curse the darkness.

stop minum berdiri!!








Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???


Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK.. 

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung —

Monday, 14 May 2012

R.E.M.A.J.A



...ALAM REMAJA...


  •  alam remaja merupakan alam yang penuh cabaran dan dugaan.
  • ketika ini, remaja sedang membina identiti dirinya sendiri dengan mencuba sesutu yang baru dan agak mencabar.
  •  Mereka inginkan segala-galanya serba ideal dan tercoret indah. Indah pada cita-cita, indah  dalam angan-angan, impian dan juga khayalan. 
  • Kehidupan yang berwajah glamor sering menjadi inspirasi para remaja.
  • Jiwa remaja perlu diisi dengan unsur-unsur kerohanian bagi mengimbangi perkembangan subur yang sedang dialami. 
  •  Gaya hidup yang dilaluinya menggambarkan latarbelakang remaja itu sendiri hingga mencorak masa depannya. 
  •  Istilah 'muda hanya sekali’ perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Seterusnya mengimbangi matlamat hidup antara dunia dan akhirat bagi membina jati diri yang positif.





daya ingatan yang kuat...

antara makanan yang boleh diambil bagi menguatkan daya ingatan -:


  •  Madu

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu yang digelar “Raja Ubat” ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman. Cuba ini: Jus Kurma Madu
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
  •  Kacang merah

Thiamin atau vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia. Biasanya kacang merah dimasukkan ke dalam masakan, boleh cuba ini: Agar-agar Cendol
  •  Kismis

Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan, cuba ini: Nasi Kismis Ayam
  •  Telur

Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. Boleh cuba ini: Telur Bungkus
  •  Susu dan yogurt

Susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Boleh pelbagaikan masakan dengan menggunakan yogurt dan susu. Cuba ini: Fillet ayam goreng rangup
Susu bukan sahaja berguna untuk kesihatan otak malah dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar kelupaan yang berkesan
  •  Halia

Halia boleh dimakan secara mentah atau dibuat halua yang sangat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan dicampur dengan gula. Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan, cuba ini: Daging Halia

  •  Salmon

Ikan salmon adalah ikan berlemak yang dikatakan makanan berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam lemak omega-3 DHA dan EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Cuba ini: Salmon Panggang
  •  Oat

Oat kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.

diSpLiN...


---TIPS BAGI MENDISPLINKAN DIRI ANDA---


  • tetapkan matlamat realistik
  • Fokus terhadap cara pencapaian matlamat anda
  • Tulis matlamat anda dan jika boleh, lekatkannya di tempat yang sesuai
  • Ambil langkah-langkah untuk mencapai matlamat anda.
  • Anda boleh "enjoy" sedikit tetapi jangan biarkannya membantut pencapaian matlamat anda.
  •  Kaji perkembangan pencapaian matlamat dan hapuskan sebarang kelemahan yang wujud.
  • Jadikan moto "Saya Boleh" sebagai prinsip hidup anda.

                                    

buah-buahan.....

antara khasiat buah-buahan berikut---




Limau mandarin
Limau yang manis ini mengandungi 85 peratus air dan hanya 64 kalori. Ini menjadikannya snek rendah kalori yang baik bagi anda yang mahu menjaga potongan badan.

Vitamin C yang kaya dalam buah ini membantu pengeluaran kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.

Buah-buahan tempatan

Pisang
Sebiji pisang membekalkan 35 peratus daripada keperluan vitamin B6 harian anda. Vitamin B6 yang juga dikenali sebagai piridoksina, penting untuk membantu badan menghasilkan sel baru yang sihat.

Pisang kaya dengan kalium iaitu zat galian yang membentuk sebahagian daripada fungsi saraf dan otot. Kalium mencegah kekejangan ketika bersukan. Itulah sebabnya anda kerap melihat atlet makan pisang ketika berehat.

Pisang juga sumber penting asid amino yang tidak boleh dikeluarkan oleh badan. Oleh itu, kita perlu mendapatkan asid amino daripada makanan. Asid amino adalah blok binaan untuk protein . Sebiji pisang membekalkan asid amino penting untuk tiga peratus protein harian.

Buah naga
Satu hidangan buah naga membekalkan dua gram asid lemak tidak tepu yang sihat untuk jantung dalam bentuk asid lemak lineik dan asid lemak oleik yang terdapat daripada biji yang kita makan sebagai sebahagian daripada buah.

Satu hidangan buah naga membekalkan lapan peratus zat besi yang membantu kesihatan fungsi sel darah merah untuk membawa oksigen ke sel.

Beta karotena dan vitamin C dalam buah naga adalah antioksidan kuat yang membantu mencegah kerosakan sel berpunca daripada radikal bebas.

Buah naga kaya dengan serat larut dan tidak larut yang membantu mengurangkan kolesterol makanan. Hasil penyelidikan menunjukkan bukti pengurangan sejumlah kolesterol apabila buah naga dimakan sepanjang tempoh lima minggu.

Epal merah
Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser.

Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.



risiko kanser di kalangan wanita  yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.







fokus di kelas!!!

antara langkah-langkah untuk memberi fokus yang sepenuhnya di dalam kelas---


  • Baca bahan yang bakal diajarkan oleh pensyarah nanti. walaupn anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang bakal diajar oleh pensyarah kelak.

  • Tunjukkan minat yang mendalam.Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda.Ingat apa yang diajar oleh pensyarah itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar.

  • Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.

  • Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting .





aktiviti kolej-'PAKKA'

Program Pesan Abang Kakak kepada Adik (PAKKA) ini merupakan program  yang dianjurkan oleh Biro Akademik dan Inovasi Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Rahim Kajai (KRK), UKM. Program yang dilangsungkan pada 16 hingga 18 Mac 2012 bertempat di Gua Musang, Kelantan  ini bertujuan membantu pembelajaran anak anak luar bandar yang kebanyakkannya merupakan pelajar lemah (slow learners) dalam pelajaran di sekolah. Sasaran program ini adalah terhadap pelajar pelajar UPSR dan SPM yang terdiri daripada 500orang. Program ini telah berjaya mengasah kreativiti pelajar dan memperkenalkan cara pembelajaran yang menyeronokkan. Program ini juga  telah mengukuhkan silaturahim sesama exco biro akademik.
Dengan bertemakan “1Malaysia: Budi Disanjung, Kasih Dituai”, program yang mendukung penuh visi dan aspirasi UKM ini dilihat sebagai satu usaha murni dalam menghidupkan amalan mulia kehidupan bermasyarakat di kalangan mahasiswa/i sebagai bekal untuk mereka melalui proses kehidupan sebenar setelah tamat pengajian kelak.




assignment- categories of computer


CATEGORIES OF COMPUTERS

1)   Personal computers

-         Definition
Computer that can perform all of its input, processing, output, and storage activities by itself.

-         Examples
Desktop computers and notebook computers

2)   Mobile computers

-         Definition
Personal computer that we can carry from place to place.

-         Examples
Tablet PCs, smart phone, PDAs

3)   Mobile devices
-         Definition
Small enough to carry in a pocket, usually do not have disk drives. Instead, these devices store programs and data permanently on special memory inside the system unit or on small storage media such as memory cards.
-         Examples
Smart phone, PDAs, r-book readers, handheld computers, portable media players, and digital cameras

4)   Game consoles
-         Definition
Mobile computing device designed for single-player or multi-player video games.

-          Examples
Microsoft’s Xbox 360, Nintendo’s Wii, Sony’s PlayStation 3



5)   Servers
-         Definition
Controls access to the hardware, software, and other resources on a network and provides a centralized storage area for programs, data, and information.
-         Example
 There are web servers that send out web pages, mail servers that deliver e - mail , list servers that administer mailing lists, FTP servers that hold FTP sites and deliver files to users who request them, and name servers that provide information about Internet host names.
The central computer on a LOCAL AREA NETWORK (LAN) is also a server.



6)   Mainframes
-         Definition
Large, expensive, powerful computer that can handle hundreds or thousands of connected users simultaneously.
-          Examples
 IBM zSeries, System z9 and System z10 servers. Mac Wilson



7)   Supercomputers
-         Definition
Fastest, most powerful computer and the most expensive.
-          

8)   Embedded computers
-         Definition
Special-purpose computer that functions as a component in a larger product.
-         Examples
Consumer electronics : mobile and digital telephones, digital televisions, cameras, video recorders, DVD players and recorders, answering machines
Home automation devices : thermostats, sprinkling systems, security monitoring systems, appliances, lights
Automobiles : antilock brakes, engine control modules, airbag controller, cruise control
Process controllers and robotics : remote monitoring system, power monitors, machine controllers, medical devices
Computer devices and office machine : keyboards, printers, fax and copy machines 




































assignment - microsoft office


MICROSOFT OFFICE
CHARACTERISTIC OF :

POWER POINT

J  Location elements
Location elements consist of slide numbers and a header
or footer indicating the section of the deck that the slide
belongs to. So, for example, a “Wetland Recovery”
header might appear at the upper right on all the slides
dealing with wetland recovery. 

J  The preview slide (preview elements)
The preview slide, when it is employed, appears directly
after the identification slide. The preview slide carries
such titles as “Agenda,” “Contents,” or “Topics for
Today,” and it consists of a list of preview elements that
correspond to the presentation’s main topics.

J  Slide titles
Almost all slide layouts employ a one- or two-line slide
title, which is most often followed by a list of bullet
points.

J  Slide headings
At times presenters add slide headings to introduce and
group bullet points. Typically, the slide title is followed
by a slide heading, several bullet points, another slide
heading, and several more bullet points.

J  Bullet points
The role of a bullet point is to briefly state an
idea that the presenter will gloss.



WORD

J  Office button
When you click the Office Button, you will see a list of commands (New, Open, Save, Save As, etc).

J  Setting margins
Click on Margins to select from a list of commonly used margins.
Click on Custom Margins at the bottom to select margins other than those given.

J  Creating Numbered and Bulleted Lists
Click one of three buttons (bullets, numbering, multilevel list) to begin a list.
Click the down arrows next to each button to customize a list.  At the very bottom of window for
numbered lists is “Set Numbering Value”; it will let you change the numbering sequence.

J  Adding Headers, Footers and Page numbers
Click on the header, footer or page number button. 
Once you have selected a header or footer for your paper, if you click on it, the Header & Footer
Tool ribbon will appear. You can customize your headers and footers with this ribbon and you
can close them with the close button on this ribbon.  

J  Changing Paragraph / Line Spacing
Click the little box with the arrow at the bottom right of the Paragraph group to open the
paragraph dialog box. Under the Indents and Spacing tab, select desired line spacing.

J  Ribbons
Microsoft has done away with Toolbars and replaced them with Ribbons – so there
are more visible command buttons at the top of Microsoft Office product screens now.   The
Ribbons each have a tab that identifies them at the top, the Home Ribbon in Word is highlighted below.  Each ribbon is then organized in Groups. 
So the Home ribbon (above) has Clipboard, Font, Paragraph, Styles and Editing Groups.




EXCEL

J  Process mathematical formulas and comparison of data
J  Automatic recalculation
J  Manage information in the column

ACCESS

J  Storing a data in the field
J  Develop a database system through component
J  Can make a form that consist of window used to enter a data and keep continue to display the data